APRS.fi

Saturday, September 12, 2015

TP-LINK MR3020 3G MODEM IGATE configuration

Pada minggu ini saya sempat untuk bermain2 dengan setting router ini.Terima kasih untuk Jojet 9W2DYA & Nazrin 9W2NCP kerana memberi kepercayaan kpd saya untuk setup semula LAT LON dan IGATE COMMENTS di dalam config file router ini.

Secara asasnya modem yng ingin dijadikan IGate seharusnya diflashkan dengan image firmware yg baharu.Modem ini telahpun diflash kan menggunakan firmware Openwrt bagi memudahkan kerja2 naik taraf package.


Openwrt screen under SSH.


Configuration file yang boleh diakses dari /etc/config/network menggunakan linux text editor "vi".


Setup sebagai Digipeater only oleh 9W2DYA.

-IMDX2015- Inaugural Malaysia Dxers Weekend 20015



Saya sempat menyertai IMDX2015 ini pada 12/9/2015 yg diadakan di Port Dickson tempoh hari bersama bang Jojet 9W2DYA.Byk info dan ilmu yg dikongsi bersama para elmer dan kaki DX di perjumpaan kali ini yg bertumpu pada 10m band.



Antenna 3EL Yagi utk HF.



Pak presiden MARTS memberi ucapan.



Sedikit ole-ole,Thx to 9M2PJU for the cap.

Sunday, April 19, 2015

Testing the homebrew 2m groundplane

Homebrew 2m groundplane antenna in action.


I need an SWR meter which i dont have right now to tune the antenna to 1:1.5 or less.

Saturday, April 18, 2015

Homebrew 2m ground plane antenna.

Dalam entry kali ini,saya akan berkongsi cara2 untuk homebrew antenna bagi 2m VHF 144.00MHZ .Antenna ini sangat mudah dibuat dan sangat murah untuk dibandingkan dengan antenna komersial yang boleh dibeli di kedai.

Para hamster yang baru menceburi bidang radio amatur digalakkan untuk cuba membina antenna ini.



Barang-barang yang diperlukan:

Copper/Brass Rod 20" x5
Electrical connector 
so239 connector x1
Kesabaran!


Kita akan ambil design ini sebagai reference.


 Potong brass copper rod kepada 20" x4 dan gosok di bahagian hujung hingga berkilat bagi memastikan contact point antara connector so239 dan radial bagus.


 Bengkokkan radial sebanyak +- 45°


 Keluarkan electric brass connector dari covernya menggunakan screwdriver.


Masukkan skru ke lubang chassis connector so239 dan ikatkan sekemas yang mungkin.Kemudian masukkan coper rod radial tadi dan ikat skru tersebut juga.Buat sehingga keempat-empatnya 


Finished poduct.Selamat mencuba!

Monday, March 16, 2015

YAESU FT-817ND




YAESU FT-817ND menjadi idaman kalbu jika aku ada $$ yang cukup.Hati ini meronta2 untuk mencuba menyelami dunia DIGITAL-MODE didalam dunia ham.PSK31,RTTY,SSTV hanya sebahagian dari digimode yang ingin aku selami.


Video intro dari K7AGE bagi digimode PSK31 menggunakan YAESU FT-817 disambungkan ke PC menggunakan interface.

APRS Tracker installation process with 9w2ncp

Thx to 9w2ncp Nazrin Alias for the installation of tracker on my jelopy.working great altho blindspot teruk.


 Khusyuk wiring ter.Jgan tebako sudah hahaha...


Blindspot all the way to BMC,nampaknya kena pacak fill-in iGate ni kasi cover kajang terus....

APRS Tracker for vehicle.

APRS tracker; satu alat yg digunakan bagi menjejak kenderaan secara 'real time'.Ia menggunakan gelombang frekuensi amatur vhf 144.390 untuk menghantar beacon ke IGate lantas lokasi kenderaan dipaparkan di atas peta di aprs.fi tidak kira di mana jua anda berada.



Sangat berguna untuk tujuan keselamatan dimana masa dan ketika ini banyak kes2 kecurian kereta berlaku.Sedikit sebanyak dapat lah kita mengesan lokasi terakhir jelopy kesayangan.